Make your own free website on Tripod.com



SMK AMINUDDIN BAKI, JOHOR BAHRU

Sekapur Sirih

PENGETUA

hjhsyam.jpg

Assalamualaikum...

 

   Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana dengan izin-Nya dapat saya memberi sepatah dua kata di dalam ruangan laman web rasmi SMK Aminuddin Baki ini. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Unit Multimedia terutamanya cikgu Shaleyati Bt Hj Mohamed kerana telah berjaya membina laman web rasmi ini untuk SMK Aminuddin Baki.

 

   Selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan ICT, kewujudan laman web rasmi SMK Aminuddin Baki ini dirasakan tepat pada masanya. Ianya juga diharapkan dapat memberi pendedahan tentang pentingnya menguasai bidang teknologi maklumat dan ICT dalam Era Globalisasi kepada semua warga sekolah.

 

  Selain pendedahan tersebut, diharapkan laman web rasmi ini juga dapat mempertingkatkan kualiti pengurusan pentadbiran dan pendidikan supaya lebih cekap dan mantap serta memberi kemudahan kepada pihak luar khususnya kepada ibu bapa pelajar untuk mengikuti perkembangan anak-anak mereka secara dalam talian.

 

   Sebelum saya mengakhiri kata-kata ini, sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam pembangunan laman web rasmi SMK Aminuddin Baki, Johor Bahru.

 

 

Sekian terima kasih.

Laman Utama | Sejarah | ALUMNI | Lagu Sekolah | Sekapur Sirih | AKADEMIK | Panorama SAB | Peraturan | Rehat Time.... | Aktiviti | Takwim | Lokasi | Links | Hotline | Tenaga Pengajar | Site Builder

"Leadership determine the success of nation. There is nothing worse for a country than having leaders lacking integrity and credibility"

Abraham Lincon

-ciKgu sHaLeyAti Hj MoHamEd-