Make your own free website on Tripod.com



SMK AMINUDDIN BAKI, JOHOR BAHRU

Peraturan

1.0 MASA PERSEKOLAHAN

a) SESI PAGI



Isnin - Khamis : 7.20 Pagi - 1.15 Petang



Jumaat : 7.20 Pagi - 12.15 Tengahari



b) SESI PETANG



Isnin - Khamis : 1.10 Petang - 6.50 Petang



Jumaat : 2.20 Petang - 6.50 Petang



c) KEDATANGAN



i) Para pelajar mesti berada dalam kawasan sekolah 5 minit sebelum sekolah bermula.



ii) Kehadiran adalah wajib melainkan atas sebab-sebab atau urusan penting (mesti mendapat pengesahan daripada pegawai kesihatan, ibu bapa atau penjaga).



iii) Sekiranya seseorang pelajar tidak hadir ke sekolah selama 60 hari tanpa alasan, pelajar berkenaan boleh digantung sekolah atau digantung daripada menduduki peperiksaan kerajaan.



iv) Pelajar sesi pagi yang datang ke sekolah selepas pukul 6.45 pagi dilarang masuk melalui pintu utama di hadapan sekolah.

2.0 PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

2.1 PAKAIAN PELAJAR LELAKI

a) Seluar

i) Warna hijau tua “dark olive”, sebagaimana yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan, daripada kain biasa tanpa jalur atau corak, seluar panjang berwarna putih, hanya untuk Pengawas.Pelajar Tingkatn Enam seluar berwarna coklat cair (cream).

ii) Seluar mestilah potongan biasa dengan ukuran kaki antara 8” - 9” (20cm - 23cm).

iii) Panjang seluar mestilah separas buku lali.

iv) Seluar berfesyen seperti seluar berlipat dan terbuka di hujung, berbentuk ‘V” di belakang, seluar labuh, berbentuk ‘carrot’ atau terlalu pendek, ketat dan terlalu longgar dan lain-lain fesyen TIDAK DIBENARKAN.

b) Baju

i) Kemeja putih lengan pendek dengan satu poket terbuka di sebelah kiri. Diperbuat daripada kain tanpa jalur atau corak dan bukan daripada kain tanpa jalur atau corak dan bukan daripada jenis kemeja “T”.

ii) Baju hendaklah dipakai masuk ke dalam seluar sepanjang masa di sekolah, dalam perjalanan pergi atau balik atau di luar kawasan sekolah.

iii) Kemeja putih lengan panjang, hanya dipakai oleh perlajar-pelajar Tingkatan Enam. Pelajar- pelajar yang memegang jawatan .Pengawas, Perpustakan atau Pengawas Keselamatan Jalanraya juga dibenarkan memakai kemaja lengan panjang

iv) Kemeja putih lengan panjang tidak boleh dilipat tanganya sepanjang masa di kawasan sekolah.

v) Pelajar yang memegang jawatan Pengawas Perpustakaan dan Pengawas Keselamatan jalanraya dibenarkan memakai seragam yang ditetapkan oleh pihak oleh pihat sekolah.

c) Tali pinggang

i) Tali pinggang tidak boleh berkepala besar, berfesyen atau hujungnya mempunyai besi.

ii) Lebar tali pinggan mestilah tidak melebihi 3cm dan hanya berwarna hitam.

2.2 PAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN

i) Labuh pinafore yang berwarna biru firuz mestilah sampai ke lutut tidak melebihi 5cm dari atas atau bawah lutut.

ii) Kemeja putih lengan pendek atas paras siku tanpa berlipat dan kemeja lengan panjang (untuk peljar Tingkatan Enam sahaja).

iii) Baju kurung asli (Johor) berwarna putih dengan kain berwarna biru-firuz. Di bahagian atas leher baju mestilah dibutangkan.

iv) Sekiranya beraju kurung, pelajar mestilah memakai baju dalam meliputi coli.

v) Pelajar yang memegang jawatan Pengawas, Perpustakawan atau Pengawas Jalanraya dibenarkan memakai seragam yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

2.3 PAKAIAN KEBANGSAAN

i) Pada hari Jumaat, pelajar lelaki Islam digalakkan memakai pakaian kebangsaan iaitu baju Melayu putih, bersongkok hitam dan bersamping biru firuz. II) Pelajar perempuan memakai baju kurung putih, kain sarung berwarna biru firuz dan tudung berwarna putih (jenis mini telekong).

2.4 PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI DAN GERAKERJA KO-KURIKULUM

i) Semasa Pendidikan Jasmani, para pelajar mestilah memakai seluar pendek atau seluar “track” berwarna hitam atau buru tua dan kemaja “T” sekolah berwarna putih atau kemaja “T” rumah sukan masing-masing.

2.5 KASUT

i) Kasut mesti berwarna putih keseluruhannya kecuali di bahagian tapak. Kasut mesti diperbuat daripada “canvas” atau daripada bahan sintetik seperti nylon dan polyester serta tidak berfesyen.

ii) Ketinggian kasut tidak melebihi paras buku lali dan diikat megikut cara biasa.

iii) Kasut sukan atau selipar tidak boleh dipakai sepanjang masa di kawasan sekolah kecuali atas sebab-sebab tertentu dan mendapat surat kebenaran daripada Guru Disiplin

2.6 STOKIN

i) Stokin mesti berwarna putih keseluruhannya tanpa sebarang campuran warna lain dan tidak berfesyen.

2.7 LENCANA SEKOLAH/KOLAR

i) Lencana sekolah wajib dipakai dalam perjalanan pergi dan balik, semasa di sekolah, dalam rombongan atau acara-acara rasmi.

ii) Lencana sekolah/kolar mesti dipakai di sebelah kiri dan tidak boleh berconteng.

iii) Hanya pelajar sesi pagi sahaja diwajibkan memakai lencana kolar.

iv) Pelajar perempuan yang bertudung memakai lencana di selah kiri tudung masing-masing.

2.8 TANDA NAMA

i) Tanda nama wajip dipakai dalan perjalanan pergi dan balik, sepanjang masa di sekolah, semasa menyertai rombongan atau acara-acara rasmi.

ii) Tanda nama mestilah sama seperti yang dicatat dalam kad pengenalan.

iii) Tanda nama mesti dipakai di sebelah kiri, jelas dilihat and mengikut bentuk yang telah ditetepkan.

2.10 RAMBUT

2.10 1.) RAMBUT PELAJAR LELAKI

i) Pelajar lelaki tidak boleh berambut panjang, berkerinting, berfesyen atau mewarnakan rambut.

ii) Istilah rambut panjang bermaksud :

a) Di belakang :- rambut menyentuh kolar baju

b) Di depan :- rambut menutup garisan mata.

c) Di sisi :- rambut menyentup cuping telinga dan "sideburn" melebihi garisan tenah hidung.

iii) Fesyen rambut luar biasa: "Spikey, "skin-cut", "punk", atau "tail", "gel" , "mousse" dan "hairspray" tidak dibenarkan.

iv) Rambut tidak boleh diwarnakan dan diinaikan.

2.10 2) RAMBUT PELAJAR PEREMPUAN

i) Pelajar-pelajar perempuan yang berambut panjang mesti mengikat rambut masing-masing (tocang atau ekor kuda dibenarkan ).

ii) Rambut pelajar perempuan tidak boleh terlalu pendak, berfesyen, dikerintingkan atau diwarnakan. Inai juga tidak boleh digunakan.

iii) Anak rambut (rambut di bahagian depan ) tidak boleh menyentuh atau menutup alis mata.

2.11 PENGIKAAN RAMBUT

i) Pengikatan rambut, reben, "hair-band" dan klip rambut yng berwarna hitam, putih dan biru sahaja dibenarkan dan tidak boleh berwarna-warni.

ii) Saiz pengikat pengikat rambut adalah seperti berikut:-

a) Reben : Lebar tidak melebihi 2.5 cm dan tidak melebihi p-anjang rambut

b) Pengikat Rambut : Tidak melebihi 3cm X 6cm

c) "Hair-band" : Lenar kurang daripada 1.5 cm dan hanya warna hitam, putih dan biru dibenarkan.

d) Klip Rambut : Lebar tidak melebihi 1.5 cm X 5cm berwarna warna hitam, putih dan biru. Klip mesti terdiri daripada satu warna dan tidak mempunyai tepi yang bersadur emas, perak atau berwarna- warni. Hanya dua pasang sepit rambut dibenarkan.

2.12 SUBANG

i) Hanya "stud" kecil dibenarkan

ii) Subang cincin, kecil daripada syiling 5 sen dibenarkan.

iii) Hanya sepasang subang yang sama bentuk boleh dipakai.

2.13 BARANG EMAS

i) Hanya boleh dipakai untuk sebab-sebab agama dengan kebenaran daripada Guru Disiplin.

ii) Pelajar Punjabi dibenarkan memakai satu gelang keluli.

2.14 KUKU

i) Kuku mesti pendek dan dikikir.

ii) Jika menadah tangan kuku tidak kelihatan panjangnya.

iii) Varnis serta penguat kuku dilarang.

2.15 ALAT SOLEK

i) Sebarang alat solek tidak dibenarkan.

ii) Celek, inai dan lip gloss juga dilarang.

boy.jpg

kurung.jpg

girl.jpg

Enter content here

Laman Utama | Sejarah | ALUMNI | Lagu Sekolah | Sekapur Sirih | AKADEMIK | Panorama SAB | Peraturan | Rehat Time.... | Aktiviti | Takwim | Lokasi | Links | Hotline | Tenaga Pengajar | Site Builder

"Apa sahaja yang anda lakukan tidak penting, tetapi yang sangat penting adalah anda melakukannya"

Mahatma Ghandi

-ciKgu sHaLeyAti Hj MoHamEd-