Make your own free website on Tripod.com



SMK AMINUDDIN BAKI, JOHOR BAHRU

Sejarah

allahyarham.gif

BIODATA

26 Januari 1926
Dilahirkan di Chemor, Perak

1932 - 1936
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu, Chemor.

1942 - 1944
Bertugas sebagai jurubahasa di sebuah mahkamah Ipoh.

1947 - 1951
Menyambung pelajaran di Universiti Malaya, Singapore dan mendapat "Bachelor of Arts" dengan kepujian dalam bidang Sejarah.

1953 - 1956
Pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris.

1961 - 1963
Bertugas sebagai Ketua Penasihat Pelajaran. Bertugas sebagai Ketua Pegawai Pelajaran Selangor.

24 Disember 1965
Meninggal dunia.

Aminuddin Baki atau Aminuddin Bin Baki (6 Januari 1926 - 25 Disember 1965) dilahirkan di Chemor, Perak. Beliau merupakan orang pertama di Malaysia yang telah dianugerahkan gelaran Bapa Pendidikan kerana jasa dan kecemerlangannya dalam usaha mempertingkatkan mutu pelajaran di negara ini termasuk menyusun Dasar Pelajaran Kebangsaan pada tahun 1956 dan Penyata Rahman Talib pada tahun 1960.

Beliau juga adalah Ketua Penasihat Pelajaran (kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan) yang paling muda dilantik iaitu sewaktu berusia 36 tahun pada tahun 1962. Aminuddin Baki meninggal akibat sakit jantung dalam usia 39 tahun.

Banyak sekolah dan institusi mengambil sempena namanya

Sajak
Allahyarham Aminuddin Baki

"Itik di air mati kehausan
Ayam dikepuk mati kelapan"


Pahlawan. Engkau telah pergi.

Oh! Kenapa engkau. Wahai Panglima
kenapa engkau yang harus pergi dahulu
Perang belum selesai, jalan sejarah masih panjang
Dan masa depan kami kemungkinan penuh bercabang
Kitab yang kami baca belum tamat.
Dan engkau sebagai pelita utama telah padam, telah padam
Kami kehilangan Aminuddin.

Aku tahu. Dan tiap orang tahu
Kerana cintakan Kami hidupkan tersula Engkau tahu.
Dan engkaulah yang paling tahu
Bahawa amatlah malang itik di air mati dahaga.

Aku tahu. Dan tiap orang tahu
kerana sayangkan kami resah hidupmu bagai tersalai
Engkau tahu. Dan engkaulah yang paling tahu
Malang bangsamu. Menang sorak kampung tergadai

Engkau telah tiada. Oh pahlawan.
Engkau telah tiada. Oh kekasih
Engkau telah tiada.

ciptaan :
Firdaus Abdullah (1996)

Pengetua-Pengetua Sekolah Aminuddin Baki
Puan Hjh Sham binti Hj Haron
01 Januari 2004 hingga sekarang
Puan Hjh Satia Binti Kasim
01 April 1999 hingga April 2003
Puan Hjh Zabedah Binti Mohamad
01 April 1998 hingga 31 Mac 1999
Encik Zakaria Bin Hj Abd Shukor
01 April 1997 hingga 31 Mac 1998
Tuan Hj Rokhani Bin Mangi
01 Ogos 1994 hingga 16 Mac 1997
Encik Ramli Bin Abdullah
16 Disember 1990 hingga 31 Julai 1994
Tuan Hj Paiman Bin Hussin
01 Februari 1990 hingga 30 September 1990
Encik Abdul Wahid Bin Abdul Rahman
01 Februari 1988 hingga 31 Januari 1990
Tuan Hj Sahban Bin Hj Muksan
01 Julai 1982 hingga 30 Jun 1987
Encik Nordin Bin Ahmad
01 Mei 1973 hingga 30 Jun 1982
Encik Goh Tieng Huat
01 Januari 1962 hingga 30 April 1973

Laman Utama | Sejarah | ALUMNI | Lagu Sekolah | Sekapur Sirih | AKADEMIK | Panorama SAB | Peraturan | Rehat Time.... | Aktiviti | Takwim | Lokasi | Links | Hotline | Tenaga Pengajar | Site Builder

SMK AMINUDDIN BAKI, JALAN ABDUL SAMAD, 80100 JOHOR BAHRU

"...pegawai-pegawai di dalam perkhidmatan awam harus berorientasikan tindakan atau action-oriented. Zaman kita menanti peluang-peluang menjelma telah berlalu. Zaman ini bukan sahaja memerlukan kita mencari peluang-peluang baru, malahan kita perlu membentuk peluang-peluang, dan untuk ini, cara-cara berfikir yang literal dan strategik adalah diperlukan."



Tun Dr. Mahathir Mohamad, 22 Ogos 1989, Kuala Lumpur





-ciKgu sHaLeyAti Hj MoHamEd-